Histeria?
Let's start this story with Bismillah. Let's hope no one gets the bad of the story.
Bismillah.
Aku adalah seorang student di sebuah kolej Tingkatan Enam, di sebuah daerah negeri kelahiran ku. Aku menceritakan cerita ini sebagai cerita realiti, tetapi watak yang ada telah pun ditukar nama. Settings bagi tempat ini adalah di blok tingkatan enam tu sendiri. Blok kami ini ada beberapa kelas setiap lorong blok, kadang sampai 6 kelas satu lorong. Jadi dapat diagak bahawa ada 18 kelas semuanya, give or take. Peristiwa ni berlaku pada sem 3, tahun terakhir pengajian kami di kolej itu. Mari mulakan.
Waktu itu adalah sambutan raya pada hari Jumaat kalau tak silap. Majlis itu diadakan di hadapan blok kelas, kerana ada dataran yg luas. Semua orang waktu itu memang sakan merayakan, masuk bergambar dan sebagainya. Memang meriahlah jadinya. 'Tersangat meriah'.
Minggu seterusnya. Hari selasa. Waktu? Selepas rehat, kami memulakan kelas dengan subjek yang ada waktu itu. Tengah sibuk belajar dan mendengar syarahan cikgu, tiba-tiba...
Terdengarnya teriakan dari kelas di hujung blok tersebut. Sangat kuat, kadang-kadang ia terdengar sebagai ketawa mengilai. Kami sekelas pun keluar, memang riuh blok jadinya. Yang menjadi masalah, apabila kelas-kelas hujung yang terkena histeria itu cuma mempunyai lelaki yang tak sampai 15 orang pun dan tidaklah mempunyai pengalaman mengurus perkara ini. Mereka terpaksa memanggil lelaki-lelaki dari kelas lain untuk sama-sama mengurus masalah ini. Apabila berlaku kes ini, kedengaran azan dilaungkan di serata kelas itu.
Aku? Warga lelaki kelas kami? Dilarang untuk join, dan diarahkan untuk masuk ke kelas untuk belajar. Tapi cuba fikirkan, macam mana nak belajar dengan teriakan dan hati resah? Aku duduk di belakang dengan partner aku, lelaki. Kami dualah barisan terakhir, antara pintu belakang kelas, menghadap ke kelas-kelas hujung itu. Bila dah nampak perempuan-perempuan kelas ni dah resah dan mula cuba untuk mengalih perhatian.. "Haa sudah, inilah waktunya. Kena pasang pendinding untuk kelas ni, power tak power, kita berserah dengan Allah untuk jaga kelas ini." Itulah kata kami. Kami pun tergumat-gamit membaca Ayatul Kursi. Alhamdulillah, warga kelas beransur pulih dan semakin baik, pendinding tak kental lantaklah, inn Allah maana.
Alhamdulillah kes itu selesai. Buat masa ini. Pada hari itu.


Ulasan
Catat Ulasan