Panduan: Bahagian 1.

Panduan Ringkas Ruqyah.


Saya akan membuat sebuah panduan yang ringkas mengenai cara untuk mengatasinya.


Catatan ini mengenai cara untuk menangani kerasukan/ruqyah. 

Saya akan meletakkan beberapa peringatan awal iaitu:


  1. Tidak meletakkan bukti (video dan sebagainya). Ini kerana banyak bukti boleh dijumpai di serata internet.
  2. Tidak meletakkan simptom-simptom kerasukan. Ini kerana simptom-simptom tersebut mudah dikesan.
  3.  Semua perkara yang telah disebut dan akan disebut diambil dari bukti-bukti yang sahih.



Bismillah, mari mulakan.

     Pertama sekali, seorang harus kena ingat bahawa ini semua ini datang dari Allah. Ini adalah ujian bagi anda dan memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Seorang itu juga boleh berharap bahawa mengatasi ujian akan mendatangkan ganjaran iaitu dapat mendekatkan diri kepada Allah. Ins sya Allah, Allah akan memberikan ganjaran setimpal atas usaha anda mengatasi masalah ini. Insan-insan yang berjaya mengatasi masalah ini kebanyakkannya akan lebih dekat dengan Allah, seperti menjadi lebih berpengetahuan/alim dan menjurus kepada kehidupan yang lebih baik.

      Niat. Niat seseorang itu kena betul. Seseorang itu kena yakin bahawa tiada penawar melainkan datang dari Allah. Tiada lain. Ia bukan disebabkan usaha anda berkumat-kamit membaca, bukan usaha yang amat keras, bukan bacaan tajweed, bukan bacaan qiraat, bukan asbab kedudukan (sheikh dan sebagainya) dan BUKAN asbab tangkal azimat. Peringatan jelas, semua datang dan kerana Allah.

      Sekiranya anda mempunyai sebarang tangkal azimat, TOLONG MUSNAHKANNYA. Perkara-perkara tersebut syirik dan haram kerana menyekutukan Allah. Ia juga menyebabkan jin untuk berada lebih dekat dengan anda. Sekiranya seseorang memberikan anda rantai  untuk dipakai di leher dengan alasan dapat menjaga anda/menjadi pendinding, musnahkan atau tanam ditempat yang bukan menjadi laluan orang. Ini bertujuan agar benda tersebut tidak berpindah tuan seterusnya dismunahkan serta-merta. Sekiranya ia berbentu kertas, bakar benda tersebut. Sekiranya bukan, pecah/hancurkan. Sekiranya ianya dalam bentuk bertali/bersimpul, leraikan dan bakar. Kesemua benda-benda yang disebut hanya akan membuat situasi menjadi lebih buruk dan semestinya haram disisi agama. Hanya pengamal ilmu gelap menggunakan tangkal azimat, dengan tujuan: duit. Mereka akan membuat kontrak dengan makhluk ghaib khususnya jin untuk menyempurnakan tugasan-tugasan. Selalunya mereka akan melampirkan jin-jin tersebut terhadap pelanggan yang datang berjumpa dengan mereka.

     Sentiasa berdoa disetiap waktu, memohon perlindungan dan bantuan. Berdoalah agar Allah menunjukkan jalan keluar dalam situasi ini. Bila berdoa, boleh dimulakan dengan memuji Allah. Anda boleh mulakan dengan "Bismillah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, Subhan Allah, La ila il Allah, La hawla wa la quwwata ila billah", dan sekian. Sekiranya tidak berkemampuan, dalam bahasa/dialek sendiri pun boleh. Sanjungan atas Nabi Muhammad saw juga digalakkan. Kemudian, memohon agar Allah memberikan ketenangan dan pertolongan dalam ujian ini.

       Sentiasa dalam keadaan berwuduk. Perkara ini perlu selama mana anda boleh mengekalkannya. Anda boleh berwudhuk di waktu pagi, dan mengekalkannya untuk sepanjang hari. Wudhuk akan batal sekiranya anda mengeluarkan angin dari dubur (kentut), membuang air besar/kecil, atau melakukan persetubuhan. Sekiranya wuduk terbatal, boleh dilakukan sekali lagi. Setiap kali masuk ke dalam bilik air, sebelum keluar digalakkan untuk berwudhuk bagi meneruskannya. Wudhuk juga merupakan perisai yang akan menjaga anda daripada syaitan. Perlu diingatkan, anda tidak perlu mempunyai wudhuk untuk berdoa. Juga sebagai peringatan, anda boleh melakukan ghusl (mengalirkan air). Sebelum melakukan ghusl atau wudhuk, perlu ada niat disertakan dengan Bismillah.

      Solat lima kali sehari semalam. Bagi yang tak tahu kaifiat untuk solat, digalakkan untuk membacanya dengan kertas atau al-Quran jika perlu (Sekiranya anda tidak berkeperluan, tidak perlu). Sebagai contoh, anda tidak mempunyai ingatan tentang cara atau bacaan. Hatta, digalakkan untuk membacanya dari sehelai kertas atau al-Quran. 

Link video dibawah akan menerangkan cara untuk solat. Digalakkan untuk menulisnya di sehelai kertas dan boleh mempraktikkannya.

  • Anda TIDAK BOLEH TERLEPAS solat. Solat anda merupakan jambatan kukuh terhadap hubungan anda kepada Allah.
  • Faham bahawa syaitan tidak hendak anda untuk solat, dan sudah pasti tidak hendak anda mengekalkan wudhuk. Syaitan akan membuat anda berasa malas. mengantuk, penat, atau sakit. Ini merupakan taktik syaitan dan anda perlu mengatasinya.
  • Baca al-Quran. Sekiranya anda tak baik dalam bahasa arab, anda boleh menggunakan terjemahan (mengikut bahasa masing-masing). Banyak laman web dan aplikasi tersedia diserata internet untuk membaca al-Quran, manfaatkan peluang ini. Sekiranya mempunyai mushaf secara fizikal berserta terjemahan, lebih baik.

Ins sya Allah, saya akan sambung di bahagian seterusnya.


Saya seorang manusia, kesilapan boleh terjadi. Segala yang baik datang dari Allah, yang buruk atas kelemahan diri sendiri. Semoga Allah memberikan penawar terbaik terhadap pesakit yang mengalami masalah ini, semoga Allah memberikan ganjaran kepada yang bersabar dan mampu meningkatkan hubungan terhadap Allah.

Amiin.
        

           



           


Ulasan

Catatan Popular