Panduan: Bahagian 2.
Panduan Ringkas Ruqyah.
Saya akan membuat sebuah panduan yang ringkas mengenai cara untuk mengatasinya.
Catatan ini mengenai cara untuk menangani kerasukan/ruqyah.
Saya akan meletakkan beberapa peringatan awal iaitu:
- Tidak meletakkan bukti (video dan sebagainya). Ini kerana banyak bukti boleh dijumpai di serata internet.
- Tidak meletakkan simptom-simptom kerasukan. Ini kerana simptom-simptom tersebut mudah dikesan.
- Semua perkara yang telah disebut dan akan disebut diambil dari bukti-bukti yang sahih.
Bismillah, mari mulakan.
- Anda boleh membaca mana-mana surah di al-Quran sebagai proses ruqyah. Ruqyah merupakan tindakan untuk mengubati seseorang dengan membaca al-Quran. Ini khususnya kes-kes yang berkaitan dengan kerasukan/sampuk. Anda boleh membaca mana-mana ayat/surah. Ada beberapa surah yang digalakkan untuk diguna:
- Surah al-Fatihah
- Surah al-Baqarah
- Surah al-Imran
- Surah al-Ikhlas
- Surah al-Falaq
- Surah an-Nas
- Ayatul Kursi
- Pakar ruqyah menggalakkan agar surah al-Baqarah dan surah al-Imran dibaca setiap hari. Jika berkemampuan. Jika tidak berkemampuan, sebaiknya anda konsisten membaca surah-surah diatas.
- Sewaktu membaca al-Quran, niat kena betul. Pastikan niat membaca al-Quran adalah untuk mencari penawar daripada Allah. Memasang keyakinan bahawa hanya Kalamullah sahaja yang mampu untuk membakar jin-jin tersebut. Makin panjang/lama bacaan surah, lebih kuat kesan tersebut kepada syaitan/jin.
- Galakkan membaca Ayatul Kursi setiap pagi dan petang dengan kuat. Kemudian, amalkan 3 qul (3 surah terakhir dalam al-Quran), tiup ke tangan dan sapu ke muka dan ke seluruh anggota badan setiap pagi dan petang. Ini adalah perbuatan yang dilakukan oleh Rasulullah saw. Banyak lagi doa yang anda boleh amal, doa-doa yang diamalkan oleh Rasulullah saw. Banyak aplikasi doa terdapat di setiap Play Store.
- Sebelum melakukan sebarang aktiviti, ada baiknya dimulakan dengan Bismillah. Sewaktu makan atau minum, amalkan menggunakan tangan kanan (sekiranya mampu secara fizikal). Tiada Bismillah, syaitan akan duduk bersama dan makan makanan anda.
- Anda boleh membaca surah-surah dari al-Quran dan menghembuskan angin/meniup ke dalam air. Air tersebut boleh digunakan dalam proses ruqyah.
- Buat yang terbaik dalam mematuhi suruhan Allah, elakkan perkara-perkara yang Allah tegah. Segala yang baik, syaitan tidak suka. Begitulah sebaliknya.
- Syaitan akan datang dalam bentuk suara, mimpi dan mampu menganggu secara fizikal. Hirau adalah cara terbaik. Jangan berikan sebarang perhatian. Jin sukakan perhatian. Semakin banyak perhatian, maka semakin sukalah ia. Syaitan terkenal dengan satu sifat, menipu. Jangan pernah terpedaya. Jangan berinteraksi dan jangan terjebak (Kebiasaannya, ini adalah kes berat).
- Segera memohon perlindungan Allah (A oozu billahi min ash shaytani rajeem)
- Laungkan azan dengan kuat dan baca Ayatul Kursi. Ayatul Kursi dan azan mampu menghalau syaitan.
- Sabar, Penawar mungkin datang cepat, tetapi berkemungkinan juga mengambil masa. Minta dengan ikhlas, merayu, menangis(jika mampu) kepada Allah untuk pertolongan. Tunduk kepada Allah. Hubungan yang kukuh akan melemahkan jin tersebut.
- Turunkan segala gambar yang bergantung, bingkai gambar, patung haiwan, tugu/patung dan sebagainya dalam rumah anda. Hal ini kerana syaitan tertarik terhadap benda-benda tersebut.\
- Tidak digalakkan membela anjing, kerana malaikat tidak akan masuk ke rumah yang membela anjing.
- Sentiasa pastikan diri dan persekitaran rumah bersih. Malaikat suka, syaitan terbaliknya.
- Ini merupakan masalah dikalangan kita semua, tapi elakkan pendengaran muzik secara ekstensif. Muzik menarik perhatian syaitan. Hati cuma untuk al-Quran atau muzik, bukan kedua-duanya.
- Buat seberapa banyak kebaikan yang mampu dan elakkan diri dari dosa.
- Syaitan merupakan makhluk Allah yang geliga. Sekiranya ada seseorang mengalami kerasukan, ia akan bersembunyi membuatkan anda berfikir bahawa tiada kes kerasukan berlaku. Anda kena konsisten dan gagah, sekiranya terdapat simptom. Apabila syaitan itu dalam keadaan lemah, ia akan cuba untuk menakutkan anda secara berterusan untuk menghentikan ruqyah tersebut. Ini merupakan tipu helah syaitan. Pada asalnya, nampak seperti makin teruk walhal tidak. Ini membuktikan proses ruqyah tersebut semakin berkesan.
- Sebelum melakukan proses ruqyah secara intensif, ada baiknya mencari pakar psikiatri. Banyak gangguan/masalah mental mempunyai simptom yang sama seperti kerasukan. Anda mesti mencari bantuan psikiatris, dan mendapat rawatan terlebih dahulu. Pada masa yang sama, lakukan proses ruqyah terhadap diri sendiri. Sekiranya rawatan psikiatri gagal, dan anda masih merasakan proses ruqyah perlu dilakukan, boleh dilakukan.
Saya seorang manusia, kesilapan boleh terjadi. Segala yang baik datang dari Allah, yang buruk atas kelemahan diri sendiri. Semoga Allah memberikan penawar terbaik terhadap pesakit yang mengalami masalah ini, semoga Allah memberikan ganjaran kepada yang bersabar dan mampu meningkatkan hubungan terhadap Allah.
Amiin.

Ulasan
Catat Ulasan